'Junior Chef' dan Melawat Rumah Orang Tua!

5 hari dah Yana tak update. Huhuhuhu sorry, terlupa. Takpa, sekarang Yana update ya.

Yesterday, I joined my school for a trip. Maklumlah dah habis PT3, pihak kaunseling sekolah pun buatlah satu lawatan untuk budak-budak form 3. Lawatan ke Rumah Orang Tua. Ada 38 pelajar yang join.



Before we went to our destination, we went to a place called Smart Junior Chef di Puchong. Rumah Orang Tua tu pun dekat Puchong. Basically, our trip was around Puchong lah.

Smart Junior Chef ni macam kelas memasak untuk golongan 4 tahun ke atas. Kitorang pergi sana belajar masak chicken chop! Lepas dah belajar nak buat chicken chop tu, ada pertandingan. So, we were separated into 4 groups. Group Yana namanya WGG, nama group paling pelik kat situ time tu.



Ada 10 members sebenarnya, cuma lagi sorang tengah design tisu. Lagi sorang tu yang ambil gambar ni lah. Huhu.

Smart, kan? Memang junior chef la ni, dengan apron dengan topi chefnya tu. The place was very nice and clean. Rasa macam nak join pulak kelas ni, tapi jauh la nak ke Puchong. Tapi, experience dekat sini memang best. Masak dengan gang, teamwork lah. Rasa macam chef betul pulak hahahahah.



Bukan setakat chicken chop je kitorang kena masak, mashed potatoes dengan coslow sekali. Lepastu, kena hiaslah ala-ala MasterChef.

Pertandingan tu kira teamwork, kebersihan, hiasan dan rasa masakan tu. Yang tengah duduk dalam gambar kat atas tu lah judges nya, cikgu-cikgu kitorang. Dah siap semuanya, para juri pun ambil markah. Dah tu, makan! Sedap huhuhuhu, air tangan sendiri lah katakan. Sambil-sambil makan, chef yang ajar kitorang tu pun umumkan lah pemenang. Alhamdulillah, WGG champion! Boleh jadi future chef lah ni hehehe. Hadiahnya, dapat ais krim as our desserts.

After that, around 11.30am, we went to our main destination, Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas. Dari punyalah happy time masak tadi, datang sini terus sedih. Ramai yang nangis, Yana pun sekali huhuhu. Sedih sangat bila tengok orang-orang tua dekat sana. Ada yang buta, yang kurang waras. Really, really heartbreaking lah. Mana tak sebak, kan?

Dah tu kitorang pulak borak-borak dengan nenek-nenek dekat sini. Dengar cerita diorang, memang sampai nangis. Terbayang kita atau mak ayah kita dekat tempat diorang. So, don't ever forget your parents lah. Susah macam mana pun, kena jaga parents kita sebab parents dah jaga kita dari kita kecik. Ni namanya tanggungjawab anak-anak, kan? Jangan biar dekat rumah orang tua macam ni. Berdosa besar! Huhuhu.



“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” (Al Israa', 17:23)

Kat sini, kitorang tak ambil gambar. Muka nangis-nangis takkan lah nak ambil gambar, kan? Lagipun kena lah hormat tempat macam ni.

Okay lah, that's that for today's entry. Dah macam laporan lawatan sekolah pulak hahahahahah. I hope y'all enjoy my writing and thanks for reading :)

Polis EVO

Today, I'm talking about a movie. Rasanya semua orang tahu dah pasal movie ni en, dah heboh satu Malaysia.



Tengok, poster pun dah gempak?!

Tadi Yana pergi tengok Polis Evo, for the second time. Hari tu dah tengok dah dengan member, kali ni dengan family pulak.

Polis Evo ni sekarang movie nombor 1 dalam negara. Siapa tak tengok memang rugi. Yana yang dah tengok 2 kali ni pun rasa macam nak tengok lagi.

This movie was released more than a month ago and I know that I'm kinda late. Mula-mula masa movie ni baru launch, Yana takda niat nak tengok pun. Ada la tengok trailernya kat TV, Youtube semua tu. Tapi tak minat pun awal-awal. Lepas tu, dah heboh. Dengar kat radio semua cakap movie ni sampai KL Gangster tu pun kalah, haaa ni kena tengok ni.

Then, Yana pun pergi lah tengok. Memang tak dinafikan, best gila. Jalan cerita gempak! Bukan tembak-tembak je, unsur-unsur kekeluargaan pun ada. Emotional tau. Movie ni memang 10/10 lah.

Haaa, siapa tak tengok lagi? Kalau belum, pergi tengok cepat! Dah sebulan lebih movie ni keluar, showtimes masih banyak! Show yang Yana pergi tadi pun hampir full. Ramai lagi yang tengok Polis Evo ni. Maklumlah, movie nombor 1 en sekarang hehe.

Ada yang dah tengok sampai 11 kali! Penyokong tegar, haaa nak tahu apa hasilnya? Dapat date dengan Shaheizy Sam doh?! Untung betul. Tengok ni.

Okay lah, tu je Yana nak share hari ni. Thanks for reading 😊

Sounds Good Feels Good

Image result for 5 seconds of summer

If you've read my profile, you probably already know that I'm a big fan of 5SOS. Guess what, their second album just got out!



IT WAS SO DAMN GOOD.

Hehehehehe, Yana saja je nak promote album band ni. According to iTunes' Worldwide Position of SGFG's ranking, Malaysia paling top tau!



Walaupun bukan #1, we're the highest! Unbelievable, kan? I'm so proud of my 5SOSFam homies!

Haaa yang ada iTunes tapi belum ada album ni lagi, go go buy it! Click here to get it. Best gila, Yana addicted dah ni. I've been listening to it all day long. Apa tunggu lagi? Jom support 5SOS ramai-ramai and bagi album SGFG ni #1 on Malaysia's iTunes Chart!

New Chapter

Yow people, I'm back! Eh, siapa ni? Well, I'm Liyana Jasmi. You might know me as Yana. Ehh, Yana mana pulak ni? Blog mana ni? Adoi, takpa lah. Let me tell you the story.


This blog looks kinda new, isn't it? Actually, it's not. Blog ni dah wujud since 2011, masa tu Yana darjah 5. I was a blogger since 4 years ago. Yana active gila blogging masa 2 tahun setengah yang pertama, lepastu Yana stop jap. Dah masuk sekolah menengah mula lah busy samapi berhabuk blog ni tak di-update.

Tapi asal blog ni macam baru je? Lepas dah lama Yana tinggalkan blog ni, tahun ni Yana on balik. Rindu pulak. Bila baca entri-entri lama, lawak betul. Semua entri zaman sekolah rendah. So, Yana decided nak renew balik blog ni. Yana delete semua entri lama, tukar template, tukar URL blog, dan lain-lain. Lama jugak edit balik blog ni, tiga empat hari baru siap. Nasib baik PT3 dah habis and cuti lama sebab jerebu. Hehehehehe. Yana pernah ada Facebook page, tapi dah delete. Dulu, blog ni sebenarnya http://liyanajasmi.blogspot.com. Sebab tu nampak macam blog baru, padahal lama dah.

'Leeyawner' tu amenda? I have no idea. Ada member pernah panggil Yana nama ni. Dia kata ni nama Liyana version Korea punya. Member lagi satu pulak kata version Chinese. HAHAHAHAHAH entah la, but I kinda like it. That's why I used it as my blog title.

Habis. Haaaa ni sekadar intro serba ringkas pasal blog baru ni. Memang nampak kosong, but don't worry. Yana akan keep on update, insya'Allah. Lama-lama banyak lah post ya

Okay, that's that. Thank you for reading my first 2015 post. I'll update more soon. Bye!

INSTAGRAM