5 hari dah Yana tak update. Huhuhuhu sorry, terlupa. Takpa, sekarang Yana update ya.

Yesterday, I joined my school for a trip. Maklumlah dah habis PT3, pihak kaunseling sekolah pun buatlah satu lawatan untuk budak-budak form 3. Lawatan ke Rumah Orang Tua. Ada 38 pelajar yang join.



Before we went to our destination, we went to a place called Smart Junior Chef di Puchong. Rumah Orang Tua tu pun dekat Puchong. Basically, our trip was around Puchong lah.

Smart Junior Chef ni macam kelas memasak untuk golongan 4 tahun ke atas. Kitorang pergi sana belajar masak chicken chop! Lepas dah belajar nak buat chicken chop tu, ada pertandingan. So, we were separated into 4 groups. Group Yana namanya WGG, nama group paling pelik kat situ time tu.



Ada 10 members sebenarnya, cuma lagi sorang tengah design tisu. Lagi sorang tu yang ambil gambar ni lah. Huhu.

Smart, kan? Memang junior chef la ni, dengan apron dengan topi chefnya tu. The place was very nice and clean. Rasa macam nak join pulak kelas ni, tapi jauh la nak ke Puchong. Tapi, experience dekat sini memang best. Masak dengan gang, teamwork lah. Rasa macam chef betul pulak hahahahah.



Bukan setakat chicken chop je kitorang kena masak, mashed potatoes dengan coslow sekali. Lepastu, kena hiaslah ala-ala MasterChef.

Pertandingan tu kira teamwork, kebersihan, hiasan dan rasa masakan tu. Yang tengah duduk dalam gambar kat atas tu lah judges nya, cikgu-cikgu kitorang. Dah siap semuanya, para juri pun ambil markah. Dah tu, makan! Sedap huhuhuhu, air tangan sendiri lah katakan. Sambil-sambil makan, chef yang ajar kitorang tu pun umumkan lah pemenang. Alhamdulillah, WGG champion! Boleh jadi future chef lah ni hehehe. Hadiahnya, dapat ais krim as our desserts.

After that, around 11.30am, we went to our main destination, Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas. Dari punyalah happy time masak tadi, datang sini terus sedih. Ramai yang nangis, Yana pun sekali huhuhu. Sedih sangat bila tengok orang-orang tua dekat sana. Ada yang buta, yang kurang waras. Really, really heartbreaking lah. Mana tak sebak, kan?

Dah tu kitorang pulak borak-borak dengan nenek-nenek dekat sini. Dengar cerita diorang, memang sampai nangis. Terbayang kita atau mak ayah kita dekat tempat diorang. So, don't ever forget your parents lah. Susah macam mana pun, kena jaga parents kita sebab parents dah jaga kita dari kita kecik. Ni namanya tanggungjawab anak-anak, kan? Jangan biar dekat rumah orang tua macam ni. Berdosa besar! Huhuhu.



“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” (Al Israa', 17:23)

Kat sini, kitorang tak ambil gambar. Muka nangis-nangis takkan lah nak ambil gambar, kan? Lagipun kena lah hormat tempat macam ni.

Okay lah, that's that for today's entry. Dah macam laporan lawatan sekolah pulak hahahahahah. I hope y'all enjoy my writing and thanks for reading :)