Today, I'm talking about a movie. Rasanya semua orang tahu dah pasal movie ni en, dah heboh satu Malaysia.



Tengok, poster pun dah gempak?!

Tadi Yana pergi tengok Polis Evo, for the second time. Hari tu dah tengok dah dengan member, kali ni dengan family pulak.

Polis Evo ni sekarang movie nombor 1 dalam negara. Siapa tak tengok memang rugi. Yana yang dah tengok 2 kali ni pun rasa macam nak tengok lagi.

This movie was released more than a month ago and I know that I'm kinda late. Mula-mula masa movie ni baru launch, Yana takda niat nak tengok pun. Ada la tengok trailernya kat TV, Youtube semua tu. Tapi tak minat pun awal-awal. Lepas tu, dah heboh. Dengar kat radio semua cakap movie ni sampai KL Gangster tu pun kalah, haaa ni kena tengok ni.

Then, Yana pun pergi lah tengok. Memang tak dinafikan, best gila. Jalan cerita gempak! Bukan tembak-tembak je, unsur-unsur kekeluargaan pun ada. Emotional tau. Movie ni memang 10/10 lah.

Haaa, siapa tak tengok lagi? Kalau belum, pergi tengok cepat! Dah sebulan lebih movie ni keluar, showtimes masih banyak! Show yang Yana pergi tadi pun hampir full. Ramai lagi yang tengok Polis Evo ni. Maklumlah, movie nombor 1 en sekarang hehe.

Ada yang dah tengok sampai 11 kali! Penyokong tegar, haaa nak tahu apa hasilnya? Dapat date dengan Shaheizy Sam doh?! Untung betul. Tengok ni.

Okay lah, tu je Yana nak share hari ni. Thanks for reading 😊