Salam Aidilfitri, Semua!

Cepat betul, dah sebulan kita berpuasa. Rasa macam baru hari tu mula! Pejam celik, pejam celik esok dah raya. Yana nak amik kesempatan ni untuk ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada korang semua!

Eh ehhh semangat betul Yana yaa, awalnya wish. Hehehehe tak lah, petang ni Yana nak balik kampung dah, bila balik rumah balik pun tak tahu. Haaa dekat kampung memang takda masa lah nak update blog kan, sibuk beraya sana sini. So, Yana ucap la awal awal.

Hari ni memang busy gila, duduk dapur je dari pagi tadi. Wuuuuu, Yana masak? Ceyyy takda lah, Yana tolong Mama Yana masak je. Masak apa tu?

HAHAHAHAHAHA, yaa tak lain dan tak bukan, masak rendang dan rebus ketupat laa. Alhamdulillah rendang dah selesai. Sekarang ni tengah tunggu ketupat siap rebus, haaa sementara tu Yana update la blog kejap kan.







Ketupat, rendang. Sila nikmati, kawan! Penat memasak malam ke pagi 😜

Petang japgi kita gerak kampung yay. Kampung Yana dekat je. Banting, Selangor. Dalam 1 jam 30 minit drive dah sampai. Ni belah mak, belah ayah lagi la dekat! Bukan kawasan kampung pun! Kat mana tu? Petaling Jaya, Selangor. Haa, dekat kan? Dekat gila! Kawan-kawan Yana semua kampung jauh ke luar negeri. Yana pulak, kampung dengan rumah semua dalam satu negeri je. Best juga sebab dekat. Tapi, teringin juga nak ada kampung luar negeri, best tak?

Okay lah, Yana kena off ni. Tak packing baju and barang-barang lagi! Insya'Allah bila dah balik KL, Yana update lagi yaa. Hari ni cerita last day puasa, next update cerita first day raya pula! Hehehehe.

Again,
Salam Aidilfitri, semua! Hehehehe, kirim salam Yana untuk tok nenek korang! Yana mintak maaf atas segala salah silap Yana tau. Maaf zahir dan batin! Yana doakan korang semua selamat perjalan pergi dan balik kampung yaa.

Until next time, insya'Allah. Byeeee!

Stylish Flats for Every Woman!

Yay, raya dah nak dekat dah! Mood raya dah kembali. Haa, siapa dah shopping raya? Yana sendiri masih belum habis shopping lagi ni. Tinggal nak cari kasut je.

Korang dah beli kasut raya? Siapa yang masih buru kasut lagi? Korang cari kasut macam mana? Kalau Yana, Yana suka pakai flats. Memang perempuan sealunya pakai heels, tapi trend sekarang semua pakai flats je tau!

Mana nak cari flats cantik-cantik eh? Haaa mana lagi kalau bukan kat ZALORA


Sumpah rambang gila mata Yana bila tengok flats dekat Zalora ni. CANTIK GILA. Harga pun semua berpatutan sangat! Macam-macam design ada tau! Warna pun semua cantik gila.

Haa sesiapa yang nak tambah lagi collection kasut tu, Yana cadangkan beli dekat Zalora. Banyak gila pilihan tau! Jom tengok designs yang ada dekat Zalora ni.

1. Ballerina flats

Untuk sesiapa yang berstyle lebih girly and feminin, Ballerina flats ni sesuai gila untuk korang. Flats macam ni la yang Yana minat tau! Ballerina flats ni boleh pakai dengan apa-apa je tak kira lah seluar jeans, skirt, baju kurung, jubah, haaa semua boleh! Banyak GILA design Ballerina flats ni yang cantik and comel kat Zalora ni. Nak menangis tengok tau, rasa macam nak beli semua!

2. Loafers

Kalau korang lebih kepada flats yang swag and stylish sikit, loafers ni sangatlah perfect untuk korang! Siapa kata lelaki je boleh bergaya? Perempuan pun boleh! Loafers ni sangat casual and boyish, sesuai betul kalau pakai dengan jeans. Mesti rasa confident gila bila keluar rumah! Lagipun, loafers ni memang selesa and stylo lah. Lagi-lagi loafers yang dari Zalora, kan? Hehehehehehe.

3. Sandals
Ada orang yang suka pakai flip flops je macam selipar biasa tu haa, tapi nampak selekeh kan? Takpa jangan risau, sandals ada! Flats jenis ni pun favourite Yana tau. Banyak gila design sandal yang cantik dekat Zalora ni, macam-macam ada untuk semua gaya! Lagi best, sandals ni pakai dengan apa-apa pun sesuai! Pakai bila-bila pun boleh, sandals takkan outdated. Dari dulu sampai sekarang, sandals ni trend perempuan jugak!

Banyak kan jenis flats yang ada? Design pun banyak gila! Cantik, comel, stylish, and banyak lagi semua ada kat Zalora. Serious nak menangis bila tengok flats Zalora ni.

DESIGNS OF FLATS FOR WOMAN

Lepas ni tak perlu susah-susah pusing satu mall cari kasut yang sesuai, bukak je website Zalora ni, semua design ada! Haaa apa tunggu lagi, jom shopping dekat Zalora!

INSTAGRAM